Akaun asdlagecy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Rahsia Kunyit Hitam Berjaya Dibongkar Oleh Saintis!

Rahsia Kunyit Hitam Berjaya Dibongkar Oleh Saintis!

Share on facebook
FACEBOOK
Share on twitter
TWITTER
Share on linkedin
LINKEDIN
Share on whatsapp
WHATSAPP
Share on telegram
TELEGRAM

Anda pernah mendengar tentang Kunyit hitam? Mungkin anda tidak pernah mendengarnya sebelum ini.

Kunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora merupakan sejenis herba yang biasa terdapat di Asia Tenggara dan telah digunakan secara turun-temurun untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ia banyak terdapat di Malaysia, Sumatera, Pulau Borneo, dan Thailand.

Disebabkan kegunaannya yang sangat meluas dalam masyarakat, termasuk rawatan hipertensi dan gangguan lain, ia telah menarik minat saintis seluruh dunia untuk membuat kajian terhadap herba yang ajaib itu.

Himpunan hasil kajian saintis menunjukkan kunyit hitam mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan manusia. Berikut merupakan antara kebaikan Kunyit Hitam untuk kesihatan manusia berdasarkan kajian tersebut.

Membantu peredaran darah yang bagus

Kajian menunjukkan kunyit hitam berpotensi menyokong saluran darah yang sihat.

Saluran darah yang sihat ialah saluran darah yang anjal. Kunyit hitam didapati dapat meningkatkan nitrik oksida iaitu unsur yang membolehkan saluran darah menjadi lembut dan anjal.

Saluran darah yang anjal membolehkan perjalanan darah dalam badan kita menjadi lancar dan tidak tersekat-sekat. 

Anti oksidan yang sangat kuat

Kunyit hitam didapati kaya dengan pelbagai polymethoxyflavones iaitu jenis anti oksidan kuat yang tidak biasa di tumbuh-tumbuhan lain. 

Anti oksidan mempunyai banyak fungsi untuk manusia seperti boleh mencegah penyakit jantung, anti penuaanmenguatkan sistem imunmelindungi sistem saraf dan menyihatkan mata. 

Ia juga membantu menghalang perkembangan pelbagai penyakit degeneratif seperti kanser.

Rujukan : J. Wungsintaweekul et al. / Songklanakarin J. Sci. Technol. 32 (6), 589-598, 2010

Meningkatkan fungsi otak

Penyakit Parkinson, Alzheimer, dan penyakit neurogeneratif lain dikaitkan dengan tekanan oksidatif dan keradangan kronik. 

Sebagai anti oksidan dan anti-radang yang kuat , kunyit hitam membantu meningkatkan kesihatan otak dan prestasi kognitif serta mencegah penyakit berkaitan dengan otak. Ia juga boleh meningkatkan tumpuan dan rentang perhatian.

Rujukan : (WC Van Staveren et al., J Comp Neurol., 467: 566-580, 2003). 

Dalam kajian yang dijalankan oleh Boess dan rakan-rakan, menunjukkan kunyit hitam dapat meningkatkan fungsi memori (FG Boess et al., Neuropharmacology, 47: 1081-1092, 2004).

Menghalang penyakit berkaitan dengan sindrom metabolik

Sindrom metabolik merujuk kepada penyakit yang timbul akibat metablisme yang terganggu.

Antara penyakit yang berkaitan dengan sindrom ini ialah diabetes, strok, tekanan darah tinggi, kadar trigliserida atau paras kolesterol yang tidak normal, dan lemak perut yang berlebihan dan penyakit jantung. 

Kunyit hitam didapati dapat membantu mencegah faktor risiko ini dengan meningkatkan penggunaan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal.

Rujukan : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25994142

Fungsi anti depresi

Kunyit hitam berupaya meningkatkan tahap dopamin yang boleh membangkitkan mood yang baik. 

Peningkatan tahap dopamin memberikan rasa bahagia dan gembira. Ini sangat bagus untuk membantu melawan penyakit kemurungan dan mengurangkan serangan rasa bimbang.

Kunyit hitam juga boleh membantu tidur malam yang lebih baik. Oleh itu, kunyit hitam boleh menjadi alternatif semula jadi untuk ubat-ubatan untuk orang yang mengalami masalah psikologi dan mood yang berbeza.

Rujukan : Am. J. Agri. & Bio. Sains, 2 (2): 94-98, 2007

Black G ialah kunyit hitam terbaik dalam pasaran hasil kolaborasi dan kajian saintis MARDI

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

2 thoughts on “Rahsia Kunyit Hitam Berjaya Dibongkar Oleh Saintis!”


Klik disini utk beli