Akaun asdlagecy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BORANG PENDAFTARAN AHLI AGEN

Pendafataran dan belian ejen

TERMA DAN SYARAT EJEN

Berikut adalah terma dan syarat penjualan produk Black G yang dikeluarkan oleh Black G Sdn Bhd dan dipasarkan oleh HT Network Resources. Black G Sdn Bhd dan HT Network Resources disebut “Pihak Syarikat” sahaja. 

Anda dinasihatkan agar membaca setiap terma berikut dengan teliti.


PERMOHONAN

Pemohon perlu memohon untuk menjadi ejen dengan stokis yang berkenaan.


SYARAT UMUM


  1. Ejen mestilah mempunyai perniagaan yang sah dan berdaftar dengan SSM.

  2. Ejen bertanggungjawab menjaga dan memberi servis yang terbaik untuk pelanggan masing-masing.

  3. Selepas pembelian, tidak boleh memulangkan / menukar stok kepada Pihak Syarikat atau stokis jika tidak dapat menjualnya.  

  4. Jika berlaku kerosakan(pecah) atau kehilangan produk semasa penghantaran oleh pihak ejen kepada pelanggan, Pihak Syarikat atau stokis tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dan kerosakan tersebut.  

  5. Ejen tidak dibenarkan melantik ejen lain atau ejen dropship.

SYARAT PEMBELIAN DAN RESTOK

  1. Pembelian (initial & daftar) adalah 7 unit Black G capsule atau Black G Liquid atau campuran antara kedua-duanya.

  2. Jika ingin menambah produk lain (kopi atau enerG) dibolehkah semasa membeli stok atau restok Black G capsule atau liquid dengan pakej minima 5 unit (kopi atau enerG). Pembelian kopi atau enerG sahaja tidak dibenarkan.

  3. Minima restok ialah 7 unit Black G capsule atau Black G Liquid atau campuran antara kedua-duanya bergantung kepada budi bicara stokis.

  4. Pendaftaran dan pembelian stok perlu dilakukan dengan stokis melalui stokis yang berkenaan.

SYARAT HARGA

  1. Pihak Syarikat berhak menetapkan harga jualan untuk setiap produk yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

  2. Pihak ejen dilarang sama sekali melakukan perubahan seperti menurunkan harga atau membuat promosi tertentu tanpa mendapat memo atau surat pengesahan daripada Pihak Syarikat. 

PROMOSI DAN PENGIKLANAN

  1. Semua pengikalanan mestilah tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan tidak dibenarkan melakukan iklan dan promosi yang melanggar etika dan undang-undang tersebut.

  2. Tidak dibenarkan melakukan overclaim, menggunakan perkataan-perkataan terlarang, mengada-adakan testimoni dan melakukan penipuan dan kekeliruan.

PEMBATALAN KELAYAKAN

  1. Sekiranya mana-mana syarat dan terma di atas tidak dipatuhi oleh pihak ejen, secara langsung kelayakan dan status sebagai ejen akan terbatal. 

  2. Pihak Syarikat mempunyai hak membatalkan mana-mana ejen sekiranya didapati bermasalah dan terdapat aduan dari pihak pelanggan dengan bukti yang kukuh.

 

Pihak syarikat berhak mengubah syarat dan terma di atas dari semasa ke semasa.


Klik disini utk beli